Kamis, 23 November 2017

Belajar sambil Bermain



Konsep Belajar Sambil Bermain


Bermain merupakan suatu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Pembelajaran yang melalui proses belajar sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Bagi kanak-kanak pula, bermain merupakan satu laluan yang membolehkan mereka belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan manipulasi bahan dan alatan.
Adapun ciri-ciri belajar yang menyenangkan dan seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar jika ingin melakukan 2 kegiatan dalam satu waktu(belajar sambil bermain)
  • Bermain merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan.
  • Bermain hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa.
  • Bermain hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.
  • Bermain hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain.
  • Bermain merupakan aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai secara aktif oleh peserta.
Selain itu terdapat berbagai kepentingan belajar sambil bermain diantaranya ialah :
  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan menampal.
  • Berinteraksi secara positif
  • Memenuhi keperluan naluri ingin tahu
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi
  • Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar.
  • Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
       Pembelajaran adalah proses mengintegrasi atau menerapkan maklumat dalam struktur kognitif dalaman seseorang. Persekitaran pembelajaran pula merangkumi kesemua pemboleh ubah yang terlibat dalam konteks pembelajaran sama ada secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Ia adalah suatu keadaan persekitaran di mana pelajar akan dirangsang untuk terlibat dalam proses pembelajaran, mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping pembentukan kemahiran atau perspektif kognitif dan bukan kognitif mereka. Selaras dengan konsep belajar sambil bermain, hasil pembelajaran seseorang mungkin berbeza dan tidak dapat dilihat secara jelas, namun faedah yang mereka perolehi amat berguna dalam proses penerapan maklumat seseorang individu.
Bagi memaksimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan seseorang, persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang bersesuaian sebagai contoh rangsangan untuk penyelesaian masalah, mengurangkan tekanan dan meningkatkan keseronokan untuk belajar. Untuk itu, pendidik perlu mengetahui teknik yang terbaik yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar seperti teknik belajar sambil bermain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

10 Negara dengan Universitas Terbaik   1. Finlandia: Finlandia secara rutin menduduki peringkat teratas dalam sistem pendidika...